5 kali anjur jamuan kutip derma bina dewan sekolah

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT:
Sekolah Menengah Ugama (A) Bustanus Saadah, Morak memiliki dewan terbuka yang turut dimanfaat pelbagai pihak bagi menganjur sesuatu program.

- Advertisement -

Pengetuanya Wan Fakhrulrazi Wan Mahmood berkata, dewan tersebut menempatkan gelanggang bola tampar dan takraw untuk kemudahan pelajar beriadah serta penganjuran program.

Katanya, gelanggang takraw yang ada sekarang akan ditambah lagi keluasannya bagi menampung permintaan.

“Dewan terbuka tersebut sering menjadi tumpuan penganjuran program dan latihan aktiviti sukan termasuk oleh pihak luar sekolah.

“Sehingga sekarang pelbagai pihak turut menyewa kemudahan tersebut bagi menganjurkan mesyuarat, aktiviti masyarakat, program muslimat, PASTI dan Cakna Rakyat,” katanya di sini.

Menurut beliau pihaknya menganjur lima kali jamuan bagi mengutip dana untuk membina dewan berkenaan bermula 2017.

Kata beliau juga hasil pungutan derma yang diperolehi baru-baru ini sebanyak RM30,000 diterima daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun katanya sebanyak RM30,000 lagi diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya dewan tersebut yang meliputi pemasangan dua tiang besi, bumbung, tebar layar dan tapak konkrit.

Oleh itu mereka yang ingin menderma boleh menyalur sumbangan melalui Bank Islam akaun 03018010108313 atas nama Tabung Pembangunan Sekolah SMU (A) Bustanus Saadah Morak. – HARAKAHDAILY 19/10/2022

- Advertisement -