PAS Kudat rayu sumbangan bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

Oleh UMAMAH ABDULLAH

KUDAT:
Mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Kapor memerlukan pelbagai barangan untuk meneruskan kehidupan.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kudat, Ahmad Kapok merayu mana-mana individu yang ingin menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa.

“Untuk fasa pertama, kami bersama Khidmat Malaysia Sabah, Sabah Relief, Skuad Prihatin PAS Sabah dan Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kudat telah mengagihkan keperluan solat wanita kepada mangsa.

“Antara sumbangan yang diagihkan ialah Al-Quran, telekung dan sejadah,” ujarnya semasa ditemui di pusat penempatan sementara, Rest House semalam.

Menurutnya, akan ada bantuan susulan dan berkala mengikut keperluan semasa serta bergantung sumbangan yang diterima.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 560063056547 atas nama PASTI Al-Furqan dengan rujukan Tabung Kebakaran atau hubungi Ahmad di talian 014-5626054.

Terdahulu, sebanyak 43 buah rumah penduduk musnah dalam kebakaran 10 Oktober lalu yang melibatkan kira-kira 200 orang penduduk.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada mangsa terkorban dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 pagi itu. – HARAKAHDAILY 13/10/2022

- Advertisement -