Lapan pesanan Ketua Pemuda sempena PRU15

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali ke-63 berlangsung di Hotel Raia Alor Setar, di sini, pada 1 dan 2 September 2022. Foto Media Muktamar DPPM
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhli Shaari menggariskan lapan pesanan kepada Pemuda sebagai persiapan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lapan pesanan tersebut antarnya memperbanyakkan program pentarbiahan bagi memastikan kekuatan teras amilin diperkukuhkan dan melipat ganda usaha menambah amilin di semua tempat bagi memastikan sasaran 12,000 amilin tercapai.

- Advertisement -

Selain itu katanya, mewajibkan Pemuda PAS wala’ dan taat kepada arahan pimpinan dalam perlaksanaan pengarahan jamaah sebagai tunjang kepada kekuatan PAS.

“Pemuda PAS wajib meningkatkan ilmu, keterampilan, nilai dan profesionalisma dalam bidang dan kerjaya masing-masing bagi mempersiapkan diri dalam mengisi kemenangan PAS pada PRU Ke-15.

“Pemuda PAS juga perlu berusaha memperkasaan Jentera Pilihan Raya di semua peringkat melibatkan negeri, kawasan, dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga ke peringkat unit daerah mengundi,” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Ketua DPPM pada Muktamar DPPM kali ke-63 di Raia Hotel, di sini, hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahaya; Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh; Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS, Balasubramaniam a/l Nachiappan.

Selain itu, Mantan Ketua DPPM, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Nasrudin Hassan dan Halim Arshat. Timbalan Ketua DPPM, Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan Naib Ketua DPPM, Hanafi Zulkapli.

Tambah Ahmad Fadhli lagi, Pemuda PAS juga perlu mempergiatkan gerak kerja dakwah di lapangan dengan mendekati anak muda secara bersasar, terutamanya pengundi atas pagar, undi 18 dan pengundi pertama kali.

Katanya, Pemuda PAS perlu ke hadapan dan mewujudkan kolabratif bersama entiti parti komponen yang lain dalam Taskforce Undi 18 dan Urusan Generasi Millenial.

Tambah beliau lagi, Pemuda juga perlu mendekati rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama bagi membawa mesej ’Islam adil untuk semua’.

Sementara itu, sebagai usaha memperkasaan Jentera Penerangan kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, platform media sosial harus diberikan tumpuan sebagai platform utama penerangan PRU ke-15.

Katanya, tindakan itu perlu dibuat melalui pemerkasakan semua medsos Pemuda PAS yang menurutnya berpotensi untuk menarik undi.

Selain itu katanya, aktiviti penerangan melalui media massa dan lapangan juga perlu digerakkan sebagai persediaan ke arah PRU15.

Akhir sekali beliau berpesan, sebagai usaha mempertahan kedaulatan islam, Pemuda PAS perlu bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Terutamanya yang berpotensi menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di Malaysia, katanya. – HARAKAHDAILY 1/9/2022

- Advertisement -