Tok Bali jadi pusat pertumbuhan baharu

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Tok Bali disasar menjadi pusat pertumbuhan baharu bagi memastikan ekonomi di Kelantan digerakkan sepenuhnya, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, usaha itu juga dijangka dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion. Selain itu dijangka mampu menjana 4,200 peluang pekerjaan baharu.

- Advertisement -

“Manakala, sebanyak 270 peluang keusahawanan untuk penduduk tempatan dapat disediakan,” katanya pada perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Menurutnya juga kerajaan akan membina kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan, melibatkan kos RM6 juta di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh dijangka dibina tahun ini.

“Saya percaya ia akan meningkatkan ekonomi Kelantan pada masa yang akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2022

- Advertisement -