Kelab media, syarikat korporat kerjasama anjur korban

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

TANAH MERAH:
Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) turut menganjurkan program ibadat korban dengan kerjasama syarikat korporat sempena sambutan Hari Raya Korban.

Pengerusi KEMUDI Majidah Ismail berkata, program tersebut julung kali diadakan selepas dua tahun pendemik Covid-19 melanda negara.

Katanya, program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat tempatan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah dengan kerjasama penganjur bersama rakan-rakan yang lain kita dapat meneruskan program ini,” katanya pada program tersebut di Masjid Ubudiah Belimbing semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan Wan Azhan Wan Hamat, Pengarah Urusan FR Qaseh Sdn Bhd, Faizul Rohban Ahmad dan pengamal media tempatan.

Korban Kaseh dianjur dengan Kerjasama FR Qaseh Marketing Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar kopi Manja Qaseh dan Arjuna Qaseh.

Faizul Rohban pula berkata, program Korban Kaseh dianjurkan sejak 2018 itu diadakan di daerah berlainan dan menjadikan masjid sebagai lokasi sembelihan serta agihan daging korban.

Katanya, ibadah korban mesti diteruskan supaya generasi akan datang dapat menyaksikan aktiviti tersebut, di samping memupuk semangat pengorbanan seperti yang digalakan dalam Islam.

“Alhamdulillah kita melaksanakan program bersama masyarakat setempat terutamanya menyantuni golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Menurutnya juga setiap tahun pihaknya menyediakan peruntukan antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi melaksanakan program Korban Kaseh.

Kata beliau juga program tahun ini turut dijemput kanak-kanak yang terdiri daripada murid tadika serta prapersekolahan untuk menyaksikan aktiviti korban. – HARAKAHDAILY 13/7/2022

- Advertisement -