Pinda Akta Komunikasi dan Multimedia, jaga sensitiviti sosiobudaya

- Advertisement -

SAYA menzahirkan sokongan terhadap tindakan yang dijalankan oleh pihak JAKIM serta SKMM yang mengambil tindakan tegas berhubung salah laku yang telah tercetus sebelum ini dalam industri perfileman.

Hal ini kerana industri tersebut yang menjadi salah satu medium untuk menyampaikan informasi malah berperanan penting dalam mendidik masyarakat tidak wajar menyebarkan sesuatu yang boleh memberi kesan negatif kepada sosiobudaya masyarakat hari ini.  

- Advertisement -

Tindakan tersebut juga seolah-olah mengagungkan budaya Barat sekali gus mampu meracuni pemikiran generasi muda kini yang terdedah dengan media massa. 

Oleh itu, industri ini wajar dilindungi dengan membuat pindaan kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 bagi memastikan akta tersebut selari dengan perubahan semasa. Malah, peruntukan bagi menjaga sensitiviti adat dan budaya tidak disentuh dengan jelas di dalam akta tersebut.

Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan bersedia untuk membuat pindaan terhadap akta tersebut bagi memastikan sosiobudaya serta adat resam budaya Malaysia dapat terus terpelihara seperti mana Hadis Riwayat Ahmad;

ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن، وما رآه المسلمون سيئا فهو عند الله سيء

“Apa yang dilihat oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia baik di sisi Allah. Apa yang dilihat oleh mereka buruk, maka ia buruk di sisi Allah.”

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 29/3/2022

- Advertisement -