‘Okey cikgu, kita bagi Perikatan Nasional’

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

MERSING:
“Okey cikgu, kita bagi Perikatan Nasional,” begitulah antara yang disebut dalam kalangan pengundi di DUN Tenggaroh kepada calon Perikatan Nasional, Roslan Nikmat.

Menurutnya, kawan-kawan yang beliau temui bersedia untuk memberikan undi kepada calon Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

“Bagi saya memang mengharapkan kalau kita, keluarga kita sokong pada Perikatan Nasional tapi tidak keluar mengundi tidak ke mana-mana juga.

- Advertisement -

Last minute jumpa kawan-kawan, mereka bagitahu okey cikgu, kita bagi Perikatan Nasional. Jangan lupa bukan awak seorang tau, ajak isteri, suami, anak-anak, sedara mara, sahabat handai, ramai-ramai kita turun padang (mengundi),” ujarnya semasa dotemui di Bilik Gerakan DUN Tenggaroh di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Lan amat mengharapkan para pengundi termasuk dalam mereka yang bekerja untuk Perikatan Nasional supaya keluar mengundi dan mengajak pengundi yang berada di luar untuk berbuat demikian, Sabtu ini.

“Jadi saya sangat berharaplah supaya jika dapat dikongsikan oleh masyarakat di luar, hari Sabtu bangun pagi-pagi, sarapan dan awallah ke tempat pengundian masing-masing,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau berkata, DUN Tenggaroh dipecahkan kepada tiga zon iaitu zon Mersing, Nitar dan Tenggaroh.

“Jadi setakat ini ketiga-tiga zon tersebut kita telah turun padang.

“Kalau di Tenggaroh 1, 2, 3, 4, 5, 6 Tenggaroh timur, termasuk juga dua buah pulau yang kita sudah pergi.

So far alhamdulillah, setakat ini sambutan diberikan bukan sahaja anak muda bahkan golongan veteran yang kita tidak terfikir, saya dulu pernah bertanding di sini memang tidak pernah nampak sambutan diberikan oleh masyarakat kampung Felda seperti mana yang saya rasa pada hari ini,” ujarnya.

Sebagai contoh, ujarnya beliau dan para petugas yang pergi ke kawasan Felda Tenggaroh 1 tidak menghadapi masalah untuk bertemu pengundi.

 “Kita pergi di kawasan Tenggaroh 1 sampai timur. Saya berkampung sampai lima hari tinggal di sana. Segala yang ada maknanya kalau boleh kedai-kedai makan, kedai, pasar lambak, surau, masjid yang ada kita cuba masuk dan alhamdulillah boleh.

“Bila kita berjumpa dengan anak muda sama ada mereka berada di padang, atau mereka berada di tempat-tempat berhimpun, apabila saya datang rata-rata sambutan yang sangat luar biasa dan mereka meluahkan perasaan mereka apa yang mereka harapkan untuk kebajikan anak muda,” katanya.

Begitu juga, kata beliau dalam kalangan peneroka veteran turut menyatakan hasrat untuk mengundi bahkan menggerakkan jentera kempen Perkatan Nasional.

“Saya juga dapati perkara yang sama juga dalam kalangan veteran. Ada juga yang menyatakan yang sebelum ini tidak pernah lagi mengundi, tapi kali ini bukan sahaja nak mengundi, mereka juga membantu menggerakkan jentera kempen kepada masyarakat,” ujarnya lagi

Pada PRN Johor kali ini, Cikgu Lan berdepan dengan Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang), Zulinah A. Johari (PKR) dan Raven Kumar Krishnasamy (BN). – HARAKAHDAILY 11/3/2022

- Advertisement -