
“USTAZ tau tak Mobile Legend ni dah masuk sukan e-sport yang ada medal di Sukan SEA 2019?”
Ini antara yang diterangkan oleh Aqil Afiq berumur 20 tahun dengan penuh keterujaan sekali. Mobile Legenddilancarkan sekitar tahun 2016 oleh sebuah syarikat pembina permainan mainan video Shanghai Moonton Technology yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Mesti ada yang tak tahu ofis dia kat Petaling Jaya jer. Menarik bukan?
Antara 11 teras Ikrar Tawaran Perikatan Nasional antara lain untuk menyediakan Dana Digital Niaga untuk usahawan digital anak muda.
Kita perlu bergerak ke arah mengindustrikan permainan ‘e-sport‘ kerana ia boleh menaikkan potensi anak-anak muda kita. Bukan sekadar suka-suka bermain Mobile Legend, ia boleh menjadi sebuah hub industri khususnya di Asia Tenggara ini.
Mobile Legend sudah jadi sebuah aplikasi permainan video game paling banyak dimuat turun sebanyak 500 juta kali dan mempunyai sekitar 75 juta aktif pemain. Wah bukan kaleng-kaleng ni bro!
Atas sebab betapa popular dan begitu ‘hype’ permainan e-game ini, saya memang berminat untuk melihat dan bersama anak-anak muda pagi ini.
Pagi ini sahaja ada 45 peserta dan sembilan pasukan masuk untuk bertanding Mobile Legend ini. Saya pun teruja sebab dari umur semuda 12 tahun hingga 25 tahun menjadi peserta sesi kali ni. Semua sangat teruja kerana ia adalah julung-julung kali diadakan di DUN Simpang Jeram ini.
Sememangnya saya dukung program-program seperti ini diteruskan. Mahu tidak mahu, saya sendiri teruja dan mengakui dunia sudah bergerak terlalu pantas dan aplikasi permainan e-sports seperti ini sudah menjadi fenomena anak muda kita bahkan sudah menjadi kerjaya tetap yang lumayan.
Nah, nasihat saya agar anak-anak kita walau suka sekali pun bermain Mobile Legend, solat jangan sesekali tinggal. Ini saya sempat selit-selitkan agar jadi peringatan bersama.
Satu undi anda agar Dana Digital Niaga khusus untuk anak muda ini dapat direalisasikan kelak!
“Luaskan Kuasamu Simpang Jeram”
ZARUL SALLEH
Calon PN N.13 Simpang Jeram
PRN Johor – HARAKAHDAILY 7/3/2022















