Parti bertanding solo sukar raih sokongan

Dr Che Hamdan Che Mohd Razali
- Advertisement -

Oleh ASLANI M

KOTA BHARU:
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memperlihatkan corak parti-parti yang mewakili orang Melayu bersaing sesama sendiri.

Kelompok parti didominasi orang Melayu termasuk Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pejuang, PKR, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Warisan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

- Advertisement -

Pensyarah kanan UiTM Raub Dr Che Hamdan Mohd Razali berkata, persaingan parti-parti politik di PRN Johor menyaksikan pertarungan parti politik yang pelbagai, baharu dan dinamik.

“Namun, kita dapat lihat dari segi persaingan, wujudnya satu persaingan yang tidak perlu (unnecessary rivalry) bila mana mesej yang disampaikan berkaitan manifesto seakan-akan sama,” katanya di sini.

Oleh itu beliau menjangka setiap parti atau gabungan begitu sengit untuk mencapai kemenangan.

Namun katanya, setiap parti terbabit diharap tidak mengabaikan peranan utama untuk menyediakan wadah pelaksanaan polisi kerajaan yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Seorang lagi penganalis politik menyifatkan parti yang bertanding secara solo agak sukar untuk meraihkan sokongan pengundi.

Katanya, Pejuang, Warisan, Putra, PBM dan Parti Sosialis Malaysia perlu bekerja lebih keras kerana mereka tidak mempunyai pasukan yang mantap.

“Begitu juga PKR yang kelihatan cuba bergerak menggunakan logo sendiri tanpa PH juga dijangka berdepan dengan kesukaran.

“Lebih-lebih lagi berlaku pertembungan PKR dengan calon Muda di Dun Larkin yang menyaksikan enam penjuru,” katanya.

MUDA menampilkan Ketua Penerangan Johor Rasid Abu Bakar, manakala Dr Zamil Najwah Arbain (PKR), Mohd Hairi Mad Shah (BN), Zukifli Bujang (PN), Mohamad Riadz Hashim (Pejuang).

Pada Pilihan Raya Umum Dun terbabit dimenangi Mohd Izhar Ahmad (Bersatu) dengan majoriti 8,590 undi. – HARAKAHDAILY 4/3/2022

- Advertisement -