Pelabur diundang rancak sektor industri di Perlis

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Pelabur diundang merancakkan sektor perindustrian di Perlis bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah peluang pelaburan disediakan kerajaan negeri di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar.

- Advertisement -

“Ia dapat merancakkan sektor perindustrian sekali gus dapat meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk tempatan,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 30 asnaf di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Selain itu Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP Dr Abang Patdeli Abang Muhi, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Mohd Salahuddin Mohamed serta Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dr Abang Patdeli Abang Muhi.

Pada majlis itu Raja Muda berharap semua pihak dapat menyumbang idea dan kepakaran bagi membangun negeri Perlis. – HARAKAHDAILY 28/2/2022

- Advertisement -