Muslimat PAS tingkat hubungan dengan parti GRS

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
PAS Sabah berusaha menjalankan hubungan baik dengan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan meningkatkan kerjasama dan memperkukuhkan muafakat.

Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu berkata, parti itu tidak boleh lagi dipandang rendah memandang sekarang sebagai sebahagian daripada parti kerajaan GRS.

- Advertisement -

Oleh itu katanya Muslimat PAS mesti memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat untuk menguatkan jentera parti memandang mempunyai rakan yang ramai dalam GRS.

“Selain itu muslimat juga perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 dengan fokus kepada pengundi muda.

“Peranan itu boleh dimainkan petugas Nusaibah dan Brigged Ameerah yang lebih dekat dengan golongan muda,” katanya pada Munaqasah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, (JELAS 2021) secara hybrid semalam.

Pada program itu Pengarah Strategik dan Pengurusan Risiko DMPM Wan Hasrina Wan Hassan membentang ucaptama. Hampir 300 peserta hadir termasuk secara atas talian.

Ketua Penerangan dan Media Baharu (LPMB) Dewan Muslimat PAS Sabah, Laila Ismail pula berkata, ahli-ahli PAS di setiap kawasan perlu memahami intipati Ucaptama Ketua Muslimat DMPM agar kesatuan pemikiran dan tindakan dapat diwujudkan.

Sementara itu Wan Hasrina berkata, muslimat muda perlu kreatif dalam usaha menarik undi 18 tahun bagi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

Ucaptama Ketua Muslimat DMPM Senator Nuridah Salleh diadakan semasa muktamar dewan berkenaan pada 30 Oktober lalu, yang dibuat secara hybrid di seluruh negeri.

Ucaptama tersebut memfokuskan Agenda Keluarga Malaysia Keluarga. – HARAKAHDAILY 2/2/2022

- Advertisement -