Skuad Musaadah sumbang makanan, toto bantu mangsa banjir

Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara di SK Cyberjaya, hari ini. (Foto daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM.)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Skuad Musaadah Keluarga Malaysia menerusi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyediakan bantuan banjir dalam bentuk makanan, toto dan kit solat, hari ini.

Bantuan itu disampaikan menerusi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Taqwa, Majli Agama Islam Wilayah Pesekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

- Advertisement -

Menerusi Jawi, sebanyak 100 pek makanan diagihkan di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Masjid Abd Rahman Auf (100 pek), Masjid Al-lkhlasiah, Kg. Pasir, Kuala Lumpur (50), Surau Al-Hijrah, Kg. Pasir, Kuala Lumpur (50), Masjid Abd Rahman Auf (100), Masjid Az-Zubair Al-Awwam (100), Masjid Abdullah bin Zubair dan Masjid Saidina Osman (200), Masjid Al-Mubarakah dan Masjid Al-Najihin (200), Surau Tazkiah Taman Desa Bestari Salak Tinggi, Sepang (250), Sukarelawan Jawi dan NGO Putrajaya (150), Sukarelawan Yayasan Ihtiman (100).

Bantuan menerusi Jakim dan Yayasan Taqwa pula melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil (100 unit toto), PPS Sekolah Kebangsaan Cyberjaya 1 (100 kit solat dan 100 unit toto).

Melalui YaPEIM pula, sumbangan diagihkan di KRT Taman Mentakab lndah iaitu 300 set MRE dan 100 set hygene), JKK Kampung Tanjong Kerayong (300 set toto/selimut/tilam), JKK Kampung Batu 1, Temerloh (200 set MRE), Persatuan Veteran ATM Cawangan Temerloh (300 set makanan kering).

Selain itu, Nor Ain Syakila dari Kampung Bangau Tanjung dan Nur Shahadah Sukar di Jalan Tangjung Batu, Termerloh masing-masing menerima satu set makanan kering dan wang tunai RM500.

MAIWP turut menyampaikan tiga water jet dan 30 set barangan keperluan di Kampung Puah, Kampung Chubadak dan Kampung Cempedak di samping dua water jet dan 20 set barangan keperluan di Dewan Kampung Delima, Kepong.

Yadim pula menyampaikan 500 bungkusan makanan di Kuantan, 300 bungkusan di Bentong dan 700 bungkusan di Pastl Al-Blruni, Jelebu.

Daie Komuniti, Sukarelawan dan Rakan Siswa Yadim pula terlibat dengan aktiviti membantu mangsa banjir di Batu 18 dan Batu 14, Hulu Langat bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. – HARAKAHDAILY 26/12/2021

- Advertisement -