Tolak LGBT, kembali kepada fitrah

- Advertisement -

SURAH Al-A’raf ayat 80 hingga 81 bermaksud: 

- Advertisement -

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) ini jelas satu budaya yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia di mana pengamalnya mempunyai kecelaruan dari segi orientasi seksual dan jantina. 

Ternyata ia adalah isu akidah yang sangat serius dan perlu dibanteras kerana memberi kerosakan kepada hukum-hakam dalam perkahwinan, faraid dan keturunan manusia seterusnya menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara.

Tayangan drama-drama LGBT di pelbagai media akan hanya membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak aktiviti LGBT di negara ini yang membawa kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga berbanding dengan mesej nilai murni yang ingin disampaikan kerana manusia belajar dari apa yang mereka lihat lebih-lebih lagi kepada remaja yang terkenal dengan sikap mencubanya.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor tegas dengan kepentingan memelihara akidah ummah melalui pengisian-pengisian rohani. 

Perlakuan LGBT ini adalah berdosa namun mereka yang terlanjur boleh dibimbing untuk memperbaiki diri dan kembali kepada Allah. 

Pendekatan dakwah dan tarbiyah diyakini dapat menerap kesedaran kepada mereka yang belum terjebak untuk menjauhi amalan songsang ini.

ZAKIAH TUKIRIN
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 16/12/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/142558201240597/posts/270492198447196

- Advertisement -