Rancangan LGBT: Tegas kuat kuasa perundangan

- Advertisement -

AMEERAH Perak memandang serius segala bentuk normalisasi hubungan songsang Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual, dan Queer di negara ini kerana ia amat bertentangan dengan norma  agama dan fitrah penciptaan manusia.

- Advertisement -

Allah S.W.T telah menegaskan dalam al-Quran bahawa perbuatan homoseksual ini adalah amat keji dan menggambarkan azab pedih yang ditimpakan ke atas kaum Nabi Lut A.S sebagaimana yang disebutkan dalam Surah Al-A’raf ayat 80-84.

Penularan  satu siri tempatan, ‘Stay Away From Me’ yang diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis Blued mengisahkan kisah cinta pasangan sejenis yang telah melibatkan influencer Muslim berusia 17 tahun sebagai pelakon bukan sahaja mengancam kesejahteraan awam bahkan lakonan tersebut berisiko mempengaruhi generasi muda ke arah budaya songsang dan melanggar undang-undang.

Justeru Ameerah Perak, menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, penyebar dan produksi yang terbabit dalam penerbitan siri ini kerana sesiapa yang melakukan perbuatan yang berunsur sumbang, lucah, palsu atau jelik sifatnya secara fizikal atau atas talian boleh disabitkan sebagai kesalahan jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Kanun Keseksaan.

Ameerah Perak turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, menyekat aplikasi Blued ini bagi menghalang sebarang bentuk cubaan normalisasi budaya songsang di negara ini demi kesejahteraan negara.

NUR FARHANA OMAR
Pengarah Ameerah Perak – HARAKAHDAILY 10/12/2021

- Advertisement -