Seni dakwah perlu diperkasa santuni umat masa kini

- Advertisement -

KUALA NERUS: Usaha menarik sokongan undi perlulah seiring dengan pembinaan rohani atau jati diri ummah sebagaimana menurut acuan Islam dan bukannya seperti yang difahami oleh Barat.

Perwakilan PAS Negeri Pahang, Mohd Khairuddin Abdullah berkata, perkara tersebut telahpun digariskan dalam dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) yang dilancarkan pada 31 September 2017.

“Ada tiga ayat Quran dan dirumus di situ iaitu yang pertama solat ibadah diri. Ini agar menjaminkan kualiti manusia. Kita tak nak kualiti kita ambil daripada Barat yang tidak ada menepati kepada orang Islam dan juga manusia.

“Yang kedua ialah zakat. Dan yang ketiga adalah amal makruf dan nahi mungkar,” ujarnya membahas Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

Beliau menyentuh mengenai cabaran Undi18 di mana para pengundi muda tersebut seramai 7.8 juta bersikap tidak cakna politik, tetapi menjadikan peranti teknologi maklumat sebagai keseronokan hidup.

Begitu juga kupasnya cabaran materialistik dihadapi PAS dalam kalangan rakyat yang mengundi dengan harapan mendapat balasan sesuatu di mana ianya perlu ditangani denga  berhemah dan bijak.

- Advertisement -

Perwakilan PAS Negeri Sarawak, Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir dalam pada itu menyatakan harapan betapa Bumi Kenyalang itu memerlukan sentuhan para daie untuk terus memelihara a

“Jika diizinkan oleh Allah S.W.T, PAS Sarawak bersedia untuk bersama Kerajaan Negeri Sarawak berada di posisi yang mana PAS bebas dan tidak terikat untuk memberi pandangan dan idea khusussnya bagi mengukuhkan lagi kefahaman dan amalan beragama masyarakat serta dasar-dasar pemerintahan yang menepati Islam,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan latar pelbagai dan rakyat yang majmuk di Sarawak, gerak kerja dan seni dakwah yang relevan amat penting untuk perjuangan PAS dapat direalisasikan di negeri itu.

“Amat malang jika peluang dakwah yang terbentang luas di negeri Sarawak ini tidak dimanfaatkan sebaiknya hanya kerana kelemahan kita mengikis persepsi negatif ini dari kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan pengurusan dana yang sistematik daripada ahli-ahli PAS dan pemantapan tarbiyah selari situasi norma baharu dihadapi ketika ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -