PRN: PAS Sarawak harap dapat ‘green light’

- Advertisement -

KUALA NERUS: PAS Sarawak berharap mendapat ‘green light’ lebih awal daripada PAS Pusat sama ada parti itu akan menyertai atau tidak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

- Advertisement -

Perwakilan Sarawak Abdul Halim Abdul Kadir berkata, PAS Sarawak sudah bersiap sedia dan menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRN tersebut.

Katanya PAS Beting Maro mempunyai 30 cawangan yang aktif sudah bergerak sejak 2019.

“Adalah menjadi harapan kita untuk melahirkan Adun pertama PAS di Sarawak sehingga ia akan menjadi liputan akhbar suatu hari nanti.

“Bagaimanapun bagi menyediakan calon yang berwibawa bukan sesuatu yang mudah kerana mereka perlu bersih dan setia dengan parti serta perjuangan.

“Ini penting supaya sejarah yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang kembali,” katanya ketika menyokong ucapan dasar PResiden pada muktamar petang ini.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan baru-baru ini selepas Yang di-Pertuan menarik balik proklamasi darurat yang dilaksanakan sebelum ini kerana penularan pandemik Covid-19.

Ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh PRN Sarawak. Tempoh Dun Sarawak berakhir pada Jun lepas selepas genap lima tahun.

Oleh itu Abdul Halim berharap mendapat sokongan ahli PAS yang berjumlah 1 juta bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi PRN tersebut.

Menurutnya kekuatan sumber kewangan bagi penting bagi menghadapi PRN tersebut.

“Lagipun hubungan secara tidak rasmi dengan parti-parti rakan sudah diadakan. Diharap mometum yang dibina itu dapat disambung di Sarawak.

“Persiapan paling utama ialah kewangan yang mencukupi. Jentera pilihan raya akan melaksanakan semaksimum mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2021

- Advertisement -