
JUTAAN terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul, serta Kementerian Kewangan, atas pengumuman peruntukan pengimarahan syiar Islam sebanyak RM1.5 bilion dalam Belanjawan 2022.
Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM100 juta berbanding peruntukan tahun lepas sebanyak RM1.4 bilion.
Dengan penambahan peruntukan ini, kesemua Jabatan dan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memastikan ianya dimanfaat sepenuhnya bagi pemerkasaan hal ehwal Islam.
Saya bersama YB Menteri akan memastikan setiap agenda yang dirancang akan dilaksanakan sebaiknya.
Semoga usaha ini akan memberi manfaat yang besar buat pembangunan hal ehwal Islam, masyarakat dan Keluarga Malaysia.
YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 31/10/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=435187968168249&id=100050311487174




















