76.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 76.8 peratus atau 17,973,545 individu daripada populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.7 peratus atau 21,783,871 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin itu termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

- Advertisement -

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 202,298 dos vaksin termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos diberikan semalam, menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,685,414 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – BERNAMA

- Advertisement -