
KUALA KRAI: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dijemput oleh Skuad UPAYA untuk menyempurnakan gimik perasmian kerja-kerja memulakan projek membaiki bahagian dapur rumah dua beradik orang kelainan upaya (OKU) Asri dan Anita di Kampung Bukit Sireh yang rosak teruk, semalam.
Menurutnya, projek itu dilaksanakan melalui inisiatif Skuad UPAYA yang mendapatkan dana sendiri daripada pelbagai pihak termasuk NGO Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan.
Turut hadir ialah saudara Timbalan Pengerusi 3 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Faizal Yusof, Ketua Skuad UPAYA Kelantan, Helmy Deris, Puan Kasmini daripada Pertubuhan Pembangunan OKU (PPO) Parlimen Kuala Krai, team Skuad UPAYA dan Penghulu Mukim Bedal, Zamri Hassan.
Sehubungan itu, Abdul Latiff merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Skuad UPAYA atas usaha mereka yang gigih membantu dan menjaga kebajikan ahli mereka.

Beliau dimaklumkan kos untuk membaiki rumah OKU itu masih belum mencukupi lagi.
Katanya, sebarang sumbangan boleh menghubungi Ketua Skuad UPAYA Malaysia, Othman Omar melalui WhatsApp 019-974 3512. – HARAKAHDAILY 5/9/2021




















