Baiki diri sebagai pemimpin!

- Advertisement -

ALLAH S.W.T berfirman dalam surah Hud ayat 88 yang bermaksud:

- Advertisement -

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku Kembali.”

Apabila kita diberi peluang memegang kuasa maka perlu diingat ia adalah amanah Allah Taala yang perlu ditunaikan sebaiknya. Justeru perlu sentiasa waspada agar tidak melakukan perkara-perkara yang mengundang fitnah kepada Islam dan kita kena belajar daripada apa yang telah berlaku untuk memperbaiki diri.

1. Jangan sesekali bertukar sikap daripada merendah diri kepada sombong. 
2. Jangan susah menjawab telefon atau membalas mesej walau daripada orang yang rendah kedudukannya daripada kita.
3. Dahulukan memberi salam dan menyapa orang lain walau dengan seungkap kata-kata.
4. Sentiasa bermuka manis dan ramah mesra sama ada dengan orang yang dikenali ataupun tidak.
5. Jangan suka mencerita kehebatan diri sendiri apabila berbual dengan masyarakat sebaliknya jadilah pendengar yang baik.
6. Bersikap terbukalah kepada setiap saranan dan teguran.
7. Elakkan menghina, mengkeji dan merendahkan orang lain walaupun musuh kita.
8. Banyakkan berkongsi kerja kebajikan sebagai dorongan untuk bersama melakukannya bukan untuk menunjuk-nunjuk.
9. Selalu guna perkataan ‘kami’ bukan ‘saya’ apabila menceritakan mengenai pencapaian atau khidmat yang dilakukan.
10. Jauhi sebarang fitnah melibatkan wanita kerana ia akan meruntuhkan kebaikan yang dibuat.
11. Jadikan isteri dan anak-anak sebagai contoh dalam iltizam dengan beragama.
12. Jadilah contoh dalam menepati masa.
13. Jadilah antara orang terawal hadir apabila musibah berlaku.
14. Luaskan pergaulan dan kemesraan bukan hanya kepada kenalan rapat sahaja.
15. Tidak menzahirkan perbezaan terlalu ketara khususnya apabila berada bersama masyarakat sama ada tutur kata mahupun penampilan.
16. Jauhi rasuah, pecah amanah dan khianat!

Semoga Allah Taala memberkati usaha kita.

USTAZ ZURIDAN MOHD DAUD
Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 30/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001374830218/posts/4217116195010833/

- Advertisement -