Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

- Advertisement -

SHAH ALAM: Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 akan dibuka semula Isnin ini.

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

- Advertisement -

“Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” menurut hospital itu menerusi hantarannya dalam Facebook.

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.

Bernama sebelum ini melaporkan jumlah kemasukan harian pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan di HTAR telah berkurangan lebih 50 peratus sejak awal bulan ini. – BERNAMA

- Advertisement -