
KUALA LUMPUR: Sebanyak 59.1 peratus atau 13,842,928 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat semalam, seramai 18,792,979 individu atau 80.3 peratus telah menerima dos pertama.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 32,635,907 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 423,380 dos diberikan semalam dengan 261,994 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 26/8/2021




















