Agong seru semua pihak sedia bekerja dalam satu pasukan

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan ketua-ketua dan wakll partl-parti politik utama, ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya.

Baginda bertitah semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan suasana, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Dato’ lndera Ahmad Fadll Shamsuddin.

Menerusi satu kenyataan hari ini beliau berkata, dalam erti kata lain, baginda bertitah yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua.

- Advertisement -

Menurutnya, baginda menitahkan demikian pada sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-partl politik utama terdiri daripada Umno, DAP, PKR, Bersatu, PAS, Amanah, Warisan dan Pejuang di Istana Negara, petang semalam.

Beliau memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakll parti-parti politik utama itu.

Katanya, dengan titah Serl Paduka Baglnda, Sultan Perak telah dlsembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap tersebut atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Turut hadir dalam sesi menghadap tersebut lalah Ketua Setiausaha Negara, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.

Terdahulu, katanya Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap secara maya pada jam 1.40 petang komponen-komponen parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tambahnya, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan bahawa baginda dan Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan untuk menganjurkan sesi menghadap semalam bagi menyatakan pendirian untuk pembentukan kerajaan yang stabll dengan secepat mungkin berikutan peletakan Jawatan Perdana Menteri dan seluruh jawatan Jemaah Manteri yang telah berkuat kuasa pada 16 Ogos lalu.

Katanya lagi, Seri Paduka Baginda turut menzahlrkan titah akan tujuan utama sesi menghadap itu adalah untuk menyatakan bahawa:

– Sesiapapun juga yang dilantik menerajul kepimpinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

– Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

– Kesepakatan dan kejujuran Ahli-ahll Dewan Rakyat sangat perlu bagl memastlkan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

– Ahll-ahll Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyaL

– Majoriti fronlliners berada dalam keletihan kerana berhadapan ribuan pesakit Covid-19 baharu setiap hari. Bahkan, fasiliti-fasiliti keslhatan negara juga berada pada situasi yang memblmbangkan.

– Perancangan di bawah dasar sedla ada sepertl pelaksanaan projek pembangunan, program menangani pandemlk Covid-19 termasuk program vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok dan program pemullhan negara perlu dikekaJkan.

Beliau menambah, Serl Paduka Baglnda dan Paduka Seri Sultan Perak telah menzahlrkan pandangan bahawa kemelut polltik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah mengganggu-gugat tadblr urus kera]aan ketika kita masih diancam pandemlk Covid-19.

“Baglnda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah member! kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilhan yang terbaik pada ketika ini,” jelasnya.

Baginda berdua, ujarnya turut menzahlrkan pandangan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu-lsu semasa dan menjernlhkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

- Advertisement -