Pesakit terlantar terima vaksin di rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ”Tak takut langsung nak cucuk (disuntik), lagipun tahu vaksin ni benda baik untuk mencegah penyakit berjangkit, insya-Allah,” kata Esah Mohamad, 63, salah seorang penerima vaksin dalam Program Vaksin Mobile Warga Kuala Nerus yang terlantar pagi tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu Dr. Alias Razak, inisiatif itu diambil bagi memudahkan urusan pesakit yang terlantar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

- Advertisement -

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata, ia sekali gus menyumbang peningkatan peratusan program vaksinasi negeri dan kebangsaan.

Menurutnya, dua orang penjaga turut disuntik sebagai langkah perlindungan awal kepada pesakit.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Pejabat Kesihatan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus (PKDKN) serta semua pihak yang terlibat menjayakannya.

“Insya-Allah program ini akan terus berjalan mengikut jadual yang telah disusun oleh PKDKN,” ujarnya yang juga ADUN Bukit Tunggal. – HARAKAHDAILY 4/7/2021

- Advertisement -