
SEDIH tengok rumah orang kampung di Batu Feringgi tenggelam dalam banjir kilat. Dulu tak ada pun banjir kilat ini. Kenapa sekarang ada? Bencana yang berlaku ini berpunya daripada kerakusan dalam melaksanakan pembangunan.
Bila orang tegur bahawa pembangunan yang dibuat itu tidak sustainable. Depa jawab dengan propaganda karut kononnya mereka ikut SDG. Bahkan siap buat propaganda politik kononnya, siapa tak setuju adalah anti pembangunan. Pembangunan yang menjemput bencana banjir kilat dan pelbagai kerosakan yang bakal ditanggung masyarakat macam mana kita nak setuju.
Pesisir laut yang kaya dengan biodiversiti dia nak tambak. Bukit pun dia tarah juga. Itu pun ada lagi projek jalan raya tarah bukit yang berjaya lulus belum berjaya jalankan. Belum buat sebab masalah perancangan pembangunan yang tak vible ditambah dengan masalah kredibiliti pemaju yang dilantik.
Zenith Konsortium yang mengurus 4 pakej projek melibat 2 pakej jalan raya tarah bukit iaitu;
1. NCPR – North Coastal Pair Road – Jalan berkembar daripada Tanjong Bunga, Batu Feringgi sehingga Teluk Bahang.
2. Air Itam Bypass – Melibatkan terowong daripada Lebuhraya Lim Chong Eu sehingga jalan Lembah berdekatan Taman Tun Sardon, merentasi Jalan Bukit Gambir dan terus memotong lereng bukit sekitar Greenlane sampai ke Farlim dan Kg Melayu dan bersambung dengan jalan lereng bukit di Bukit Kukus.
Untuk rekod, dalam pakej 4 Zenith adalah terowong dasar laut yang tak muncul-muncul sampai sekarang. Zenith sekarang tengah sangkut dengan kes mahkamah yang juga melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kesemua projek Zenith masih tak berjalan kerana ada seribu satu masalah. Kalau berjaya dijalankan alamatnya, makin teruk bencana berpunca lereng bukit yang rosak. Di bawah SRS Konsortium pula (Pemaju Projek Tambak Laut PSR) ada juga projek yang bakal menarah bukit. Ia berisiko mengundangan bencana bagi penduduk Air Itam. Projek tersebut ialah Projek Lebuhraya Pan Island Link1 (PIL1).
Projek PIL1 jajarannya meliputi kawasan tadahan air dan ‘water intake’ untuk Loji Rawatan bagi penduduk Air Itam. Bukan setakat berisiko mengundang bencara banjir kita, bahkan kawasan tadahan air pun tak selamat. Sumber air berisiko terjejas. CEO PBAPP tak nampak berani pun tegur kerajaan negeri dalam hal ini.
Bahkan apabila kita lihat jajaran Lebuhraya PIL1 ini melalui kira-kira sekadar jarak 500 meter daripada Empangan Air Itam. PIL1 adalah lebuhraya 6 laluan yang juga melibatkan terowong di mana bukit bakal ditebuk.
EIA lulus dengan 56 syarat. Projek dikatakan telah mula kerja tapi perkembangan projek tak nampak pun. Namun , jika betul-betul kerja bagi PIL1 ini berjalan, kita boleh lihat kesan-kesan air larian turun daripada bukit yang sangat berisiko banjir kilat seperti apa yang telah berlaku di Batu Feringgi semalam.
PIL1 adalah projek yang paling mahal di Malaysia dengan anggaran kira-kira 500 juta per kilometer. Jauh lebih mahal daripada KIDEX yang pernah pemimpin parti pemerintah Pulau Pinang kritik dahulu di Selangor.
Begitu kerosakan yang dibuat dengan memanipulasi istilah pembangunan. Pembangunan versi mereka adalah merosakkan alam. Bukit ditarah, laut pesisir pantai ditambak dan pelbagai lagi. Masyarakat boleh menilai sendiri, bencana-bencana yang keluar daripada tangan-tangan dan mulut manis menabur janji palsu pentadbir yang merosakkan ini.
‘Unsustainable Development are impediments to social stability and economic growth’ – itu saja nak habaq.
Kami yang menegur bukan anti pembangunan. Tapi kami anti sangat dengan idea serta acuan pembangunan yang merosakkan yang hangpa dah buat dan nak buat lagi dan lagi. Adakah hangpa ingat projek pembangunan ini sebagai cash cow nak kumpul duit ke? Syok la tak kena usung tin milo. Apakah cash cow lagi masyuk?!
Sekian.
ZIKRULLAH ISMAIL
Penduduk Pulau Pinang
Yang meluat dengan pembangunan merosakkan
Post script:
1. Sejak 2 tahun lepas lagi saya tulis mengenai projek perosak lereng bukit ini. Tapi waktu itu, orang tak ambil kisah. Semoga kali ini orang ambil kisah. Projek dah lulus EIA pun, cuma tak dapat jalan sebab masalah integriti dan hal economic viability.
2. Teliti setiap gambar yang dilampirkan. Lihat betapa berisiko membawa bencana. – HARAKAHDAILY 30/6/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100011176928169/posts/1393496217699596/


















