MADAD sambut Ramadan penuh meriah

- Advertisement -

JERANTUT: Sambutan Ambang Ramadan 1442H telah diadakan sebagai menzahirkan kesyukuran atas kedatangan bulan penuh barakah ini oleh warga Maahad Dirasat Diniyyah Temin (MADAD), di sini baru-baru ini.

ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud yang juga Mudir MADAD berbesar hati meraikan para tetamu jemputan dalam menjayakan bersama program tahunan memasuki madrasah ibadah buat umat Islam ini.

Tausiyah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menyentuh persiapan jiwa, emosi dan fizikal memasuki Ramadan.

- Advertisement -

Katanya, dalam setiap kurniaan Allah S.W.T berikan kepada hamba-Nya, turut diuji dalam bentuk jerit perih, namun Ramadan menjadi kesempatan besar hamba mendekati diri kepada-Nya.

Majlis tersebut turut diserikan juga dengan persembahan oleh kumpulan Qasidah Soutul MADAD yang mengalunkan alunan merdu dua qasidah.

“Meskipun anak-anak murid tahfiz seluruh negeri Pahang tidak dapat berpuasa bersama keluarga kali ini kerana situasi COVID-19 yang tidak menentu, namun kehadiran Ramadan tetap memberi hikmah dan kebaikan,” ujar Ustaz Zuridan yang juga Ketua Ulamak PAS Pahang. 

Hadir sama adalah ADUN Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang. – HARAKAHDAILY 15/4/2021

- Advertisement -