Tangani kes gangguan bising pekerjaan (ONRHD)

- Advertisement -

HARI ini saya mengetuai satu operasi Penguatkuasaan Peraturan Pendedahan Bising oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP atau DOSH) yang diadakan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tebrau, Johor Bharu di sini hari ini.

Operasi tersebut diadakan susulan peningkatan Kes gangguan bising pekerjaan (occupational Noise Related Hearing Disorders, ONRHD) di sektor selain pengilangan.

Statistik menunjukkan kes ONRHD menyumbang kepada kes tertinggi iaitu 3,055 mewakili 61.5 peratus kes daripada jumlah keseluruhan 4,960 kes penyakit pekerjaan.

Manakala sektor yang menyumbang kes tertinggi adalah sektor pembuatan seperti pembuatan produk makanan dan minuman, produk besi, getah dan produk plastik.

- Advertisement -

Ingin saya tekankan di sini, ONRHD memberi implikasi yang tinggi dari aspek kewangan yang perlu ditanggung oleh pekerja, keluarga pesakit, majikan dan kerajaan.

Untuk makluman, berdasarkan rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM6 juta untuk 191 kes pada tahun 2020 untuk tujuan pampasan kepada pekerja yang mengalami ONRHD.

Untuk rekod, JKKP telah menjalankan 588 operasi pemeriksaan ke atas pihak industri dan telah mengeluarkan sebanyak 497 arahan pematuhan dalam operasi yang bermula pada 22 Mac lalu yang akan berakhir pada 2 April ini.

Hadir sama pada operasi adalah Ketua Pengarah JKKP, Ir. Zailee Dollah dan Pengarah JKKP Johor, Ir. Rosdee Yaacob, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor, Nasir Kassim serta pegawai daripada JKKP negeri serta HQ.

YB HAJI AWANG HASHIM
Timbalan Menteri Sumber Manusia – HARAKAHDAILY 31/3/2021

- Advertisement -