Polis Kelantan rampas 5,000 pil kuda

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 5,000 pil kuda, 26 botol dipercayai heroin dan 100 gram syabu dengan anggaran nilai rampasan RM112,000 semalam.

Manakala hasil sitaan pula berjumlah RM193,829 dalam rampasan berasing di kawasan semak di Gual Ipoh, Tanah Merah.

- Advertisement -

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota poli dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dengan bantuan Bahagian Nakortik Tanah Merah ke kawasan berkenaan.

Katanya, pada serbuan pertama kira-kira jam 3.45 petang polis menangkap tiga lelaki Melayu dan merampas empat paket yang dibungkus dengan plastik, di mana setiap paket daripadanya berisi pil disyaki jenis methamphetamine.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati setiap paket mengandungi 200 biji dan jumlah keseluruhan mengandungi 800 biji pil kuda dengan nilai pasaran bernilai RM8,000,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontijen Kelantan, hari ini.

Sheik Azhar juga berkata, polis turut merampas dua motosikal yang dipercayai ditunggang ketiga-tiga lelaki berkenaan dianggar bernilai RM10,000.

Menurutnya juga ketiga-tiga suspek terbabit didapati mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan awal didapati positif methamphetamine. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

- Advertisement -