Sumbangan di PACSA COVID-19, Hospital Putrajaya

- Advertisement -

SEBAK rasa hati dan terharu sangat melihat pengorbanan frontliner negara kita. Mendapat khabar berita bahawa keadaan frontliners kita semakin sukar bila berhadapan dengan gelombang kedua PKP kali ini. Hari ini saya bersama Jabatan Amal Malaysia Dengan kerjasama Pertubuhan Inspirasi Muslim Profesional (IMProf) dan NGO Hulu Langat Prihatin menghadiahkan peralatan keperluan iaitu 5 set air cooler dengan 55 liter water tank dan 10 set 26” heavy duty industrial stand fan kepada PACSA Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya bagi pengurusan bencana pandemik COVID-19. 

Sedih dan simpati saya rasai apabila melihat wajah mereka yang jelas terpampang kepenatan bekerja. Setahun yang mencabar mereka lalui sepanjang tahun 2020 disambung pula dengan tahun 2021 ini.

- Advertisement -

Saya doakan agar mereka terus kuat bekerja dan berjuang kerana Allah S.W.T. Semoga segala penat lelah mereka mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah di akhirat kelak. Insya-Allah saya dan Jabatan Amal Malaysia akan terus memberi sumbangan kepada frontliners di luar sana yang memerlukan barang-barang kelengkapan mereka sehabis mampu kami.

Saya memohon kepada anda semua yang ingin bersama-sama kami bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan kepada akaun bank seperti yang tertera di bawah:

14014010133669
Jabatan Amal Malaysia DPP
Bank Islam Malaysia Berhad

Ya Allah, sesungguhnya frontliners kami sudah berkorban demi umat ini dalam menjaga kesihatan kami. Ganjarkanlah mereka dengan kasih sayangMu, permudahkan segala urusan mereka di dunia dan di akhirat kelak. Semoga dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka.

Ayuh bersama kita jaga SOP dan jalankan tanggungjawab kita dengan amanah. Semoga Allah terus melindungi Malaysia dari wabak penyakit COVID-19

YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ahli Dewan Negara
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 28/1/2021

- Advertisement -