MoT peruntuk RM514 juta subsidi pegangkutan awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) memperuntukkan RM514 juta bagi subsidi membabitkan pengangkutan awam meliputi darat, rel dan udara.

Ia termasuk subsidi perkhidmatan luar bandar (RAS) dan subsidi tren tidak ekonomi (TTE) seperti yang dicadangkan Abdul Latiff Abdul rahman [PAS-Kuala Krai] dalam perbahasannya sebelum itu.

- Advertisement -

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Wee Ka Siong, subsidi tersebut bertujuan untuk memastikan kesalinghubungan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Tujuannya bagi meningkatkan akses mobiliti rakyat dan juga sebagai katalis perkembangan aktiviti sosial ekonomi negara, ujarnya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi MoT, di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Latiff dalam perbahasannya sebelum itu mencadangkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengadakan promosi yang lebih meluas untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan keretapi ke lain-lain laluan termasuk stesen Kuala Krai.

Promosi itu kata Abdul Latiff, bertujuan untuk meningkatkan pengggunaan keretapi sebagai salah satu pengangkutan awam di samping menaikkan sektor pelancongan domestik.

“Fenomena ‘Train To Dabong’ menyebabkan Daerah Dabong menjadi perhatian seluruh Kelantan dan Malaysia.

“Setiap hujung minggu lima gerabak tambahan untuk menampung pelancong domestik ini untuk ke Dabong,” ujarnya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi MoT, di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi MoT telah diluluskan menerusi undian belah bahagi dengan 109 menyokong, 94 tidak menyokong manakala dan 17 lagi tidak hadir. – HARAKAHDAILY 7/12/2020

- Advertisement -