Sahihkah hadis berazam untuk mati syahid?

- Advertisement -

Soalan:

Adakah hadis yang menggalakkan orang Islam berazam untuk mati syahid itu hadis sahih?

- Advertisement -

Jawapan:

Hadis yang dimaksudkan ialah hadis sahih yang telah diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal r.a. beliau berkata Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ سَأَلَ اللهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ مِنْ قَلْبِهِ، بَلَّغَهُ اللهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ، وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

Ertinya: “Barangsiapa meminta akan Allah mati syahid dengan jujur daripada hatinya maka Allah akan menyampaikan baginya kedudukan orang yang mati syahid walaupun dia mati di atas katilnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim dan At-Tirmizi dan Abu Daud dan Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Berkata ulama hendaklah sekelian orang mukmin untuk bercita-cita berjihad dan mati syahid kerana orang munafik tidak bercita-cita untuk yang demikian itu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. adalah Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

Ertinya: “Barangsiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak juga berniat dalam hatinya untuk berperang nescaya matilah dia dalam cabang-cabang kemunafikan.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesimpulannya hadis yang menyuruh orang mukmin berniat mati syahid itu adalah hadis sahih.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 22/8/2024

Tulisan ini diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!