‘Sibuk apa tak tau?’ PH tak selesai masalah penduduk

PKR pernah tiga penggal wakili DUN Sungai Bakap

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Wakil Rakyat PERIKATAN NASIONAL (PN) Pulau Pinang walaupun ibarat diikat kaki dan tangan serta ditutup mulut kerana dinafikan peruntukan sama rata dan liputan media, namun tidak itu menghalang memberi khidmat kepada masyarakat.

ADUN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah berkata, selama lebih 9 bulan sejak PRN15 pada Ogos tahun lalu, mereka termasuk ADUN Sungai Bakap, Almarhum Nor Zamri Latiff atau Abang Zam malah terus bekerja demi kepentingan penduduk diwakili.

- Advertisement -



Menurut beliau, Almarhum diketahui sentiasa menyantuni masyarakat, menjelaskan permasalahan serta mengangkat isu penduduk ke agensi berkaitan, termasuk menyuarakan masalah Sungai Bakap ke Sidang DUN Pulau Pinang.

“Betul kita tak ada peruntukan terbekalan. Tapi tapi adakah perkara itu menghalang kita untuk santun rumah ke rumah? Tidak! Dan inilah kriteria utama yang perlu ada pada wakil rakyat iaitu mempunyai kesanggupan.

“Perlu mempunyai jiwa, perlu mempunyai political will. Sekiranya kita hendak, maka insya-Allah, Allah akan bagi jalan tersebut,” ujarnya pada pada Ceramah Kelompok PN di Taman Tasek Maju, UDM Tasek Junjong, di sini semalam.

Beliau sehubungan itu yakin dan percaya calon PN, Abidin Ismail atau Abang Abidin yang ditampilkan dan ditawarkan oleh pimpinan PN akan mampu memberi khidmat yang cukup baik kepada warga Sungai Bakap sepertimana Almarhum Abang Zamri.

Menurutnya, sepertimana Almarhum Abang Zam, beliau melihat Abang Abidin memiliki kriteria utama sebagai wakil rakyat iaitu mudah untuk didekati dan mendekati serta mudah untuk berjumpa atau diatur pertemuan dengannya.

Penolong Setiausaha Armada BERSATU Pulau Pinang itu turut percaya Abang Abidin sebagaimana juga Abang Zam, akan terus mengangkat dan memperjuangkan penyelesaian untuk banyak masalah yang terdapat dalam DUN Sungai Bakap.

“Selama tiga penggal wakil mereka (PKR-PH) mewakili kawasan ini. Apa (masalah) yang telah diselesaikan? Tak ada. Sibuk apa tak tahu?” bidasnya. – HARAKAHDAILY 25/6/2024

- Advertisement -