Polis Belanda gempur pelajar universiti pro-Palestin guna jentolak

Sebahagian daripada 125 pelajar Universiti Amsterdam yang terlibat dalam protes pro-Palestin di kampus berkenaan yang kemudiannya ditahan pihak polis Belanda. (FOTO: Asharq Al-Awsat)
- Advertisement -

AMSTERDAM: Polis rusuhan Belanda menggunakan jentolak untuk merobohkan khemah dan penghadang yang didirikan oleh pelajar pro-Palestin di kampus Universiti Amsterdam.

Video yang tular menunjukkan polis menggunakan belantan untuk menghalau pelajar-pelajar berkenaan dengan seramai 125 daripada mereka telah ditahan pada malam Selasa (7 Mei).

Ia juga mengeluarkan kenyataan melalui platform X bahawa langkah-langkah itu adalah ‘perlu untuk memulihkan keadaan’  dengan mendakwa kerana protes pro-Palestin telah bertukar menjadi ganas, lapor AP.

- Advertisement -

Video di media sosial menunjukkan polis rusuhan menggunakan jentolak untuk mengalihkan penghadang yang didirikan oleh pelajar pro-Palestin universiti berkenaan dengan menggunakan belantan dan perisai untuk menghalau penunjuk perasaan yang dilihat dipukul dan khemah dirobohkan.

Sebuah kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ulama Belanda untuk Palestin dalam satu kenyataan berkata, “Pelajar dan kakitangan Universiti Armsterdam yang terlibat dalam protes aman pro-Palestin ini ‘diserang’ dengan penggunaan semburan lada, belantan dan anjing polis, serta jentolak untuk menyuraikan kami secara paksa.

“Orang ramai cedera kerana keganasan (polis) yang melampau ini.”

Jentolak digunakan oleh polis Belanda untuk merobohkan untuk khemah-khemah yang didirikan pelajar Universiti Amsterdam sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin. (FOTO: News.rhthk.hk)

Sementara polis Belanda pula mendakwa, protes pro-Palestin itu telah mewujudkan keadaan yang sangat tidak selamat, sebahagiannya disebabkan oleh penghadang yang menghalang perkhidmatan kecemasan daripada memasuki kawasan berkenaan.

Seorang pegawai universiti dilaporkan berkata, walaupun pihaknya menyokong protes sepanjang hari, namun mereka tidak boleh membenarkan pelajar melakukan perkara yang sama sepanjang malam. 

Menteri Pendidikan Belanda,  Robbert Dijkgraaf pula berkata, beliau sedih melihat keganasan seperti itu di universiti yang  sepatutnya menjadi tempat perbincangan dan perbincangan akademik.

Unit bergerak polis mengelilingi kumpulan pelajar yang mengadakan demonstrasi pro-Palestin di kampus Roeterseiland Universiti Amsterdam, di Amsterdam, Belanda pada 7 Mei 2024. (FOTO: Getty’s Image)

Kumpulan penunjuk perasaan berkenaan menuntut universiti tersebut menamatkan hubungan akademik dengan Israel, lapor The New Arab.

Pelajar di ibu negara Belanda telah memulakan demonstrasi berkenaan selepas protes pro-Palestin yang merebak dari kampus universiti seluruh Amerika Syarikat ke bandar-bandar di Eropah dengan melaungkan slogan pro-Palestin termasuk “Bebaskan Palestin”. – Agensi– HARAKAHDAILY 8/5/2024

- Advertisement -