ADUN Anak Bukit tangani masalah titi di Kg Alor Ganu

- Advertisement -

KUALA KEDAH: ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak telah bertindak segera menyelesaikan masalah infrastruktur asas yang dihadapi oleh penduduk Kampung Alor Ganu, di sini.

- Advertisement -

Hasil usaha beliau, peruntukan telah diluluskan oleh pihak berwajib untuk pelebaran dan pembinaan baharu, termasuk kerja-kerja pembaikan tebing bagi dua titi simen di situ.

Menurut beliau, baik pulih titi sempit dan rosak itu amat diperlukan oleh penduduk kampung berkenaan kerana ia menjadi laluan utama digunakan mereka setiap hari.

Malah ujarnya, kerosakan itu menuntut pembaikan segera dilakukan kerana ianya boleh mengundang implikasi buruk kepada pengguna yang melalui titi tersebut setiap hari.

Jelas Rashidi lagi, pihaknya sentiasa komited mengatasi masalah penduduk terutama di DUN Anak Bukit, malah setiap permasalahan turut disuarakan pada ucapan di Sidang DUN Kedah.

Dalam pada itu beliau bersama Pegawai Khasnya, Ramli Shafie berserta Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Alor Ganu, Syamil Azizi turun meninjau kerja-kerja pembaikan tebing terbabit, hari ini.

“Selain itu, tebing jalan utama juga dibuat pembaharuan, di pasak dengan konkrit untuk lebih kukuh kerana sering mendap dan runtuh akibat takungan air banjir.

“Diharapkan dengan hasil pembangunan ini dapat melancarkan urusan penduduk setempat dalam urusan seharian,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 8/5/2024

- Advertisement -