‘Nama je Menteri Besar, hati kecil, penakut!’ – Azmin

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Lanskap politik Malaysia akan berubah sama sekali sekiranya PERIKATAN NASIONAL (PN) menang di PRK N.06 DUN Kuala Kubu Bharu, demikian kata Pengerusi PN Negeri Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

- Advertisement -

Katanya, walaupun merupakan pilihan raya kecil, tetapi sedang mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia termasuk masyarakat dunia sebagaimana liputan media antarabangsa ke Kuala Kubu Bharu ketika ini.

“Saya difahamkan masyarakat antarabangsa juga sudah mendapat maklumat bahawa Kerajaan Madanon semakin rapuh dan akan tumbang pada bila-bila masa. Bukan kita nak turunkan beliau, tetapi rakyat yang sudah letih.

“Letih dengan pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada hari ini. Bukan sahaja orang Melayu, tetapi orang Cina pun sudah bosan. Orang India lagi marah dengan Kerajaan Madanon.

“Kerana janji-janjinya tidak ditunaikan dan orang India semakin jauh disisihkan dalam dasar-dasar Kerajaan Persekutuan hari ini,” ujarnya pada Majlis Pengumuman Calon PRK N.06 Kuala Kubu Bharu PN di Bandar Utama Batang Kali, di sini malam tadi.

Beliau dalam ucapan itu turut memaklumkan terdapat seorang penyokong tegar Umno berusia hampir 80 tahun yang keluarganya mempunyai pengaruh cukup besar serta memiliki seramai 121 ahli keluarga telah mengucapkan selamat tinggal kepada Umno.

Menurut beliau, mereka selama ini merupakan penyokong kuat Umno tidak lagi boleh terima parti yang sombong dan angkuh serta tidak membela dan pedulikan rakyat iaitu Umno dan Pakatan Harapan (PH).

“Mereka lebih yakin dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nama PERIKATAN NASIONAL yang bukan sahaja membela dan menjaga kepentingan orang Melayu dan umat Islam, tetapi orang India selamat, orang Cina selamat,” ujarnya.

Azmin yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor dalam ceramah itu turut membidas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari yang dikatakannya tidak dapat jawab banyak soalan semasa Sidang DUN.

Malah maklumnya, Amirudin selaku juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengarahkan laporan polis dibuat terhadap beliau kerana mendedahkan salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam PKNS semasa Sidang DUN.

“Ini negara Apa? Kalau saya tak boleh berbahas, (Dato’ Seri Muhammad) Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah) disuruh tutup mulut. Ini negara yang tidak demokratik. Sedangkan perbahasan adalah ‘privilege’ mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri.

“Tetapi sekarang polis sedang mencari saya. Sabar polis tunggu 11 Mei saya akan pastikan apa yang boleh kerajaan negeri salah guna kuasa untuk menutup mulut PN bagi membongkar penyelewengan dan tindakan mereka yang tidak selari dengan undang-undang? 

“Nama je Menteri Besar, hati dia kecil. Takut. Nak buat jamuan raya pun takut. Nak bagi tapak pun takut. Tetapi tak mengapa. Kita dah biasa. Saya sudah biasa diburu, dikejar. Lagi diburu lagi kita akan lawan PH habis-habisan.

“Lawan tetap lawan. Macam pernah dengar dulu-dulu itu ya, tapi itu prinsip kita. Kalau mereka sudah rosak, mereka tidak betul, mereka gagal melakukan reformasi, tanggungjawab saya dan pimpinan dan rakyat untuk bangkit dan lawan PH,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/4/2024

- Advertisement -