MB Perlis serah kepada SPRM

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes yang melibatkan anaknya.

- Advertisement -

Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada budi bicara SPRM.

“Dah maklum berita daripada SPRM dan saya serah pada budi bicara mereka,” ujar Mohd Shukri kepada wartawan semasa dijumpai di pekarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Dengan nada berseloroh, beliau menegaskan bahawa tiada gundah gulana terhadap kes tersebut.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret Kangar telah membenarkan permohonan reman anak beliau selama dua hari bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Turut direman adalah seorang pegawai kanan kerajaan bersama empat individu lain.

Kesemua suspek yang ditahan di Perlis semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – HARAKAHDAILY 24/4/2024

- Advertisement -