ADUN Terengganu rakam takziah tragedi nahas helikopter

Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mengucapkan salam takziah kepada keluarga parajurit yang terlibat dalam pelanggaran dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi tadi.

- Advertisement -

“Kita baharu sahaja dikejutkan dengan berita sedih pelanggaran dua helikopter TLDM di kem tentera Lumut sebentar tadi.

“Ada beberapa parajurit kita yang terkorban oleh itu Sura ingin mengambil perhatian sidang dewan agar kita semua dapat membaca al-Fatihah parajurit kita yang tekorban. Al-Fatihah,” kata ADUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi.

Beliau mengambil peluang berkenaan sebelum membahaskan Titah Ucapan Diraja pada persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 10 mangsa terdiri tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter jenis HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

TLDM dalam kenyataan berkata, akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, yang mengorbankan 10 pegawainya. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -