Kontrak JPJ-HeiTech Padu: 99 peratus reaksi negatif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta pada 15 April baru-baru ini ternyata telah menarik perhatian tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Badan Penyelidik, QGenAnalysts (QGA) pada kajian isu tersebut dalam kalangan pengguna media sosial mendapati memberi reaksi cenderung negatif terhadap pengumuman dibuat pihak kerajaan tersebut.

“Di Facebook, hampir 30,000 interaksi menunjukkan 99 peratus respons negatif, manakala di X (sebelumnya Twitter) dan TikTok juga menunjukkan respons yang sama dengan 95 peratus negatif dan jumlah tontonan hampir 450,000.

“Netizen menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan kronisme dalam proses penganugerahan kontrak dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ini, termasuk kemungkinan ‘insider trading’

“Keadaan ini juga mempengaruhi pandangan umum terhadap integriti kerajaan, dengan penjelasan dari Menteri Pengangkutan tidak mampu menaikkan sentimen positif di kalangan masyarakat,” ujar QGenAnalysts.

Pemberian kontrak ini mendapat perhatian kerana melibatkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador yang juga Pengerusi PKR Negeri Perak sebagai pemegang saham terbesar di HeiTech Padu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa kontrak ini akan berlangsung selama tiga tahun ketika membuat pengumuman mengenai penganugerahan kontrak itu baru-baru ini. 

Bagaimanapun media malam tadi melaporkan bahawa Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Bhd setelah syarikat itu memaklumkan kepada Bursa Malaysia penghentian jumlah kepentingan olehnya.

Dilaporkan ia adalah disebabkan oleh perubahan dalam pegangan saham dalam Mfivesouthsea Sdn Bhd, syarikat induk Rosetta Partners Sdn Bhd menurut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016.

Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024 melalui urus niaga perniagaan langsung. – HARAKAHDAILY 19/4/2024

- Advertisement -