Skim pelaburan palsu guna foto MB Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Taktik skim pelaburan tidak wujud menggunakan nama pemimpin politik dan orang kenamaan terus muncul biarpun sudah banyak diambil tindakan pihak berkuasa.

- Advertisement -

Terbaharu Menteri Besar (MB) Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassurudin Daud menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab dengan menyalahgunakan gambarnya bersama isteri untuk pelaburan palsu.

“Mohon waspada terhadap pelaburan-pelaburan palsu,” katanya pada catatan di media sosialnya hari ini.

Pada laman tersebut yang dikongsi dengan dakwaan pelaburan itu tidak mengenakan caj atau upah broker.

Selain itu ditulis hanya untuk Melayu dan Islam sahaja. Turut dipapar Savings Account-I berjumlah RM112,749.39. Pelaburan RM300 membawa pulangan RM25,440.

Sebelum ini, media mendedahkan lebih 200 syarikat menawarkan skim ala patuh syariah yang membabitkan kerugian RM1 bilion disiasat Suruhanjaya Sekuriti.

Malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat purata 15 kes pelaburan tidak wujud setiap hari tahun lepas.

Antara kes pelaburan tidak wujud menawarkan keuntungan sehingga 51 kali ganda dalam tempoh tiga hingga enam jam selepas pelaburan dibuat. – HARAKAHDAILY 18/4/2024

- Advertisement -