UNIT Pemulihan Tentera Darat Israel mengakui lebih 2,000 tentera, polis dan anggota keselamatan lain mengalami lumpuh tubuh badan sejak peperangan di Gaza bermula 7 Oktober lalu.
Secara purata, setiap hari seramai 60 orang menerima nasib malang berkenaan akibat kecederaan ketika menyertai serangan terhadap penduduk awam Palestin di Gaza.
Demikian didedahkan oleh media berbahasa Ibrani, Walla menerusi portalnya. Perkara ini dilaporkan oleh Institut Keselamatan di Kementerian Buruh Israel semasa Persidangan Kesihatan Pekerjaan, di Fakulti Pentadbiran di Brishon Lezion pada hari Selasa lalu.
Dalam masa sama, laporan berkenaan menyebut, di kalangan orang kurang upaya ini, kira-kira 60 peratus mengalami kecederaan anggota badan, dan kira-kira 10 peratus mengalami kecederaan organ.
Jumlah mereka yang mengalami kesukaran tidur meningkat 101% daripada 18.7 pada musim panas lalu kepada 37.7%. Tekanan perasaan meningkat 78% kepada 43.5%.
Paparan rasmi kerajaan pada Rabu melaporkan seramai 604 orang pegawai dan anggota tentera terbunuh di samping 3,219 orang yang lain cedera.
Walaubagaimana pun pihak pejuang Palestin mendakwa angka sebenar sengaja disembunyikan oleh Israel untuk mengelak kekecewaan warganya.
Hari ini Rabu hari ke 194 serangan, Israel meneruskan siri serangan gilanya dengan menabur bom dan peluru berpandunya di enam lokasi. Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 56 mangsa yang syahid tiba di hospital bersama 89 mangsa yang cedera.
Angka berkenaan menjadikan jumlah syuhada’ sejak mula peperangan seramai 33,899 orang dan angka kecederaan pula meningkat kepada 76,664.
USTAZ ARIS HAZLAN ISMAIL
Maran, Pahang – HARAKAHDAILY 19/4/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!