Serangan Iran: PBB bermesyuarat hari ini

Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
- Advertisement -

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan bermesyuarat pada hari ini selepas Israel meminta majlis itu mengutuk serangan Iran ke atas Israel dan menamakan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas.

Mesyuarat akan berlangsung pada jam 4 petang, mengikut jadual yang dikeluarkan lewat semalam.

- Advertisement -

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, meminta majlis itu mengadakan mesyuarat tergempar dalam surat kepada presiden majlis itu, semalam.

“Serangan Iran adalah ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan global dan saya mengharapkan majlis menggunakan segala cara untuk mengambil tindakan konkrit terhadap Iran,” tulis Erdan dalam catatan di X.

Iran melancarkan serangan menggunakan dron yang membawa bahan letupan dan melepaskan peluru berpandu ke arah Israel, semalam dalam serangan secara langsung pertama ke atas wilayah Israel, berisiko menjadi konflik lebih besar apabila sekutu rapat, Amerika Syarikat berikrar menyokong Israel. – REUTERS

- Advertisement -