Jurubahasa didakwa curi RM76 juta wang bintang besbol Jepun

Shohei Ohtani (kiri) telah menamatkan khidmat Ippei Mizuhara (kanan) sebagai jurubahasanya pada Mac 2024. (FOTO: USA Today)
- Advertisement -

LOS ANGELES: Pegawai perundangan di Amerika Syarikat telah mendakwa Ippei Muzuhara, jurubahasa lama pemain besbol sensasi, Shohei Ohtani, Ippei Mizuhara, di mahkamah sabit kesalahan mencuri jutaan dolar AS wang bintang sukan itu.

Ketua pendakwa raya di California menuduh Mizuhara menyamar sebagai Ohtani kepada pihak bank dan meletakkan taruhan.

- Advertisement -

“Shohei Ohtani dianggap mangsa dalam kes ini,” kata Peguam AS, Martin Estrada kepada pemberita pada sidang akhbar di Los Angeles pada Khamis, waktu tempatan, lapor BBC.

Mizuhara, 39, dipecat oleh Othani pada bulan lalu apabila berita mengenai dakwaan skandal kecurian wang bintang sukan LA Dodgers itu tular.

Pendakwa raya mendakwa bahawa jurubahasa itu menggunakan wang Ohtani untuk membuat pertaruhan dan mendepositkan kemenangannya ke dalam akaun yang dikawalnya.

Antara November 2021 dan Januari 2024, pegawai itu berkata, Mizuhara telah menghantar lebih daripada AS$16 juta (RM76.3 juta) dalam pemindahan tanpa kebenaran daripada akaun Ohtani.

“Ippei Mizuhara melakukan semua ini untuk memenuhi seleranya yang tidak pernah puas terhadap perjudian sukan haram,” kata Estrada.

Dokumen pertuduhan mendakwa bahawa Mizuhara, yang bertindak sebagai pengurus de facto Ohtani, mengambil kesempatan daripada fakta bahawa bintang sukan Jepun itu tidak mahir berbahasa Inggeris.

Dikatakan bahawa Mizuhara telah menelefon pegawai bank dan ‘menuduh dirinya secara palsu sebagai Ohtani untuk memperdaya pekerja bank supaya membenarkan pemindahan atas talian daripada akaun bank Ohtani kepada sekutu operasi perjudian haram’.

Dari Januari hingga Mac 2024, Mizuhara juga didakwa membeli AS$325,000 dalam bentuk kad besbol menggunakan wang yang diambil daripada akaun Ohtani.

Seorang peguam bela yang berpangkalan di Los Angeles yang mewakili Mizuhara enggan mengulas pertuduhan pada Khamis itu.

Minggu lalu, Ohtani menghadiri sesi soal siasat dengan pendakwa raya dan menafikan bahawa beliau telah membenarkan jurubahasa itu mengakses kewangannya.

“(Shohei) Ohtani memberikan telefon bimbitnya kepada penguatkuasa undang-undang, yang memutuskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa beliau mengetahui, atau terlibat dalam, aktiviti perjudian haram atau pembayaran hutang tersebut yang membabitkan (Ippei) Mizuhara,” ujar kenyataan pendakwaraya.

Pertuduhan jenayah penipuan bank boleh membawa kepada hukuman 30 tahun penjara; yang mana New York Times melaporkan Mizuhara sedang merundingkan perjanjian pengakuan dengan pendakwa.

Pertaruhan sukan adalah sah di 38 negeri di AS tetapi ia tetap menyalahi undang-undang di California.

Badan Major League Baseball mempunyai dasar sendiri yang melarang ‘mana-mana pemain, pengadil, atau pegawai atau pekerja Kelab atau Liga’ daripada bertaruh pada permainan besbol dan meletakkan pertaruhan dengan pembuat taruhan haram.

Estrada pada Khamis itu juga memberitahu pemberita bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa Mizuhara meletakkan sebarang pertaruhan pada permainan besbol.

Terdahulu, Ohtani menandatangani kontrak 10 tahun bernilai AS$700 juta dengan LA Dodgers dan menjadi wajah francais sukan itu, yang menyaksikan beliau baru sahaja memenangi anugerah MVP Liga Amerika.

Tugasannya di AS bermula pada 2018, dan Mizuhara telah menjadi pengiring setianya, yang menyaksikan jurubahasa itu dan dan isterinya baru-baru ini dilihat dalam gambar yang mendedahkan wajah isteri Ohtani, Mamiko Tanaka.

Pad bulan lalu, Ohtani memberitahu pemberita pada sidang akhbar LA Dodgers dengan menggunakan khidmat jurubahasa lain: “Saya sangat sedih dan terkejut bahawa seseorang yang saya percayai telah melakukan penipuan ini.

“Mizuhara telah mencuri wang dari akaun saya dan dia telah berbohong.” – Agensi

- Advertisement -