AJK Muslimat PAS Kedah dirai sempena Aidilfitri

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah diraikan dengan sumbangan kuih dan duit raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

- Advertisement -

Ketua dewan berkenaan yang juga Exco kerajaan negeri, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, sumbangan itu merupakan pemberian tahunan setiap kali menjelang hari kebesaran itu.

“Kita raikan semua AJK Dewan Muslimat PAS negeri, yang komited dengan tugasan dan bersedia bila-bila masa diperlukan,” kata beliau di sini.

Sumbangan itu sebahagiannya daripada beliau sendiri dan tabung dewan terbabit.

Sementara itu, naib ketua dewan berkenaan, Ustazah Fatimah Wan Teh mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Ashah kepada semua ahli jawatankuasa terbabit.

“Tiap-tiap tahun YB bagi kuih raya dekat kami, mudah-mudahan YB dimurahkan rezeki,” katanya. – HARAHDAILY 7/4/2024

- Advertisement -