Polis perketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

- Advertisement -

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, strategi baharu akan disusun dalam gerak kerja bagi memastikan kawasan sempadan sentiasa dikawal.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa peka selain menggiatkan lagi operasi melalui strategi baharu agar aktiviti rentas sempadan dikekang sepenuhnya,” katanya pada sidang media di pekarangan Pondok Polis Peringat, di sini, hari ini.

Kata beliau juga pihaknya mengenal pasti beberapa kawasan yang akan menjadi tempat pengeludupan.

Bagaimanapun beliau yakin kepantasan PGA dalam menjalankan tanggungjawab mengawal sempadan.

“Dalam tempoh beberapa hari, pasukan PGA7 berjaya mematahkan beberapa kegiatan penyeludupan melibatkan rampasan kontraban dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya juga Polis Kelantan memberi tumpuan di kawasan sungai serta laut dengan kerjasama PGA dan Pasukan Polis Marin memandangkan kes penyeludupan sering berlaku di kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/4/2024

- Advertisement -