Salah datang latihan Liverpool pakai tuxedo, cetus spekulasi

Mohamed Salah dirakam melangkah penuh bergaya memakai tuxedo memasuki pintu masuk yang menarik di Pusat Latihan AXA di Kirkby, England (Foto kecil, Jurgen Klopp). (FOTO: X @LFC)
- Advertisement -

LIVERPOOL: Penyerang Liverpool FC (LFC), Mohamed Salah yang dirakam memasuki pintu masuk di Pusat Latihan AXA di Kirkby, dengan memakai tuxedo yang telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan bola sepak.

Pendahulu Liga Perdana melalui platform X, @LFC itu berkongsi foto ketibaan Salah, mempamerkan gelagatnya yang ceria dengan kapsyen berbunyi: “Mo (nama timangan Mohamed Salah) adalah seorang lelaki dalam misi hari ini.”

- Advertisement -

Walaupun tujuan di sebalik pemilihan pakaian Salah masih tidak didedahkan oleh kelab bola sepak tersohor itu, namun ia telah mencetuskan spekulasi meluas dalam kalangan peminat di seluruh platform media sosial.

Beberapa netizen menyatakan adakah Salah berpakaian kemas dan elegan itu untuk sesi temuduga, terutamanya memandangkan Liverpool sedang mencari pengganti kepada Pengurus kelab itu, Jurgen Klopp.

Terdahulu, Klopp, 56, dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas ini selepas sembilan tahun berkhidmat dengn kelab berkenaan.

Namun, Salah, 31, belum menunjukkan tanda-tanda mahu berundur daripada sukan bola sepak pada musim ini, setelah menjaringkan 22 gol dalam 33 perlawanan untuk The Reds mendahului usaha kelab itu dalam merebut tiga trofi.

Salah akan memasuki tahun terakhir kontraknya pada musim panas ini, dan beberapa penyokong optimis meneka bahawa beliau mungkin telah memilih untuk memakai tuxedo untuk sesi menandatangani perjanjian kontrak baharunya. – HARAKAHDAILY 4/4/2024

- Advertisement -