Liga Malaysia: KDN FC ikat pemain Republik Czech

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC mengikat pemain Republik Czech, Michal Jerabek bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

- Advertisement -

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, pihaknya memerhati keupayaan pemain tersebut berdasarkan beberapa faktor termasuk nasihat daripada jurulatih.

“Saya gembira dia memilih untuk bersama KDN FC seterusnya memperluas kariernya di Kelantan.

“Gaya permainan dan karakter Michal sangat sesuai untuk skuad musim ini dan kami percaya dia akan membantu pasukan menjadi bertambah kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rozi, pihaknya juga yakin walaupun ini kali pertama ke Liga ASEAN, keinginan Michal untuk berjaya bersama KDN FC membuatkan pihaknya turut teruja.

Michal yang beraksi di Slovakia pada musim ini sangat berpengalaman luas kerana telah bermain bersama beberapa pasukan utama di Fortuna Liga dan Kazakhstan selain pernah mewakili skuad bawah 21 tahun kebangsaan Republik Czech.

Pemain itu dibawa masuk KDN FC dalam usaha pihak kelab untuk memperkukuhkan jentera pertahanan bagi menghadapi persaingan hebat Liga Malaysia yang akan bermula pada awal bulan hadapan. – HARAKAHDAILY 31/3/2024

- Advertisement -