Mantan Presiden Jama’ath e Islami Sri Lanka meninggal dunia

Ash Sheikh A.L.M. Ibrahim
- Advertisement -

SRI JAYAWARDENAPURA KOTTE: Mantan Presiden Jama’ath e Islami Sri Lanka, Ash Sheikh A.L.M. Ibrahim telah meninggal dunia pada Jumaat malam, 29 Mac 2024 waktu tempatan di kediamannya di sini.

Beliau yang lahir pada 1937 di Mavanallai Uyanvathai, dikenali hampir 60 tahun sebagai simbol kepada kerja-kerja dunia Islam di negaranya.

Pernah berkhidmat sebagai presiden Jama’ath e Islami Sri Lanka dari tahun 1976-1977 dan sekali lagi pada 1982-1994, beliau banyak mendedikasikan hidupnya di dalam dunia pendidikan bukan sahaja sebagai pemimpin, malah sebagai tenaga pengajar.

- Advertisement -

Ash Sheikh Ibrahim pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung organisasi berkenaan pada 1958 ketika beliau hanya berumur 21 tahun.

Menjadi penaung kepada kegiatan Taghul Quran yang membawa berita mengenai bacaan, penerangan dan ajaran Al-Quran, Ash Sheikh Ibrahim juga menyumbang kepada penubuhan Kolej Arab Ameeniya dan rumah anak-anak yatim Darul Hasanath.

Beliau juga pernah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Universiti Peradeniya, dan sebagai ahli utama di dalam pasukan rekabentuk artistik sewaktu Jamiah Naleemiah, iaitu sebuah institusi islamik dirasmikan pada 1973.

Selain sebagai pengasas kepada Kolej Pendidikan Tinggi Ayeshah, Ash Sheikh Ibrahim turut menjadi pengasas kepada Akademi Tanweer dan banyak lagi institusi pendidikan di serata Sri Lanka.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Kuppiyawatha pada hari ini Sabtu, 30 Mac 2024 pukul 4 petang waktu tempatan. – HARAKAHDAILY 30/3/2024

- Advertisement -