Wujudkan agensi khas pantau empangan berisiko

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan satu agensi khas bagi memastikan lapan empangan yang sangat berisiko tinggi dan kritikal dapat dipantau dan peruntukan disegerakan kerana ia akan memberikan impak sangat besar kepada bandar terdekat.

- Advertisement -

Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, termasuk Empangan Chereh di Kuantan yang masih belum bermula dan juga Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highland.

“Kita ada flying squad untuk memantau lapan semua dam (empangan) negara kita,” ujarnya yang juga Timbalan Presiden PAS mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-Menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut tidak dibahaskan, tetapi beliau bersetuju dengan cadangan tersebut ketika bersama dengan Kubang Kerian dalam Kabinet dahulu.

“Ini adalah satu isu yang perlu kita bagi perhatian iaitu empangan yang berkedudukan risiko tinggi. Jadi insya-Allah saya akan mengambil maklum dan mengambil tindakan ke atas perkara tersebut,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 11/3/2024

- Advertisement -