Muslimat kawasan perlu tambah wartawan rakyat

Nur Syahirah Mohd Nor
- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor, Nur Syahirah Mohd Nor menyarankan semua dewan muslimat kawasan mempunyai wartawan rakyat.

- Advertisement -

“Setiap DMP Kawasan sekurang-kurangnya mempunyai seorang atau lebih wartawan rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat di kawasannya,” kata beliau ketika ditemui pada Bengkel Teknik Penulisan Berita di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan aktiviti pemimpin PAS khususnya muslimat berkaitan kebajikan dan lain-lain dapat diperluaskan ke pelbagai peringkat.

Menurutnya, buat sementara wartawan rakyat yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan aktiviti DMP kawasan masing-masing.

“Saya berharap kursus kali ini dapat memantapkan lagi tugasan wartawan rakyat selain menambah muka-muka baharu di lapangan ini,” tambah beliau.

Usaha itu juga, katanya sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 dalam mencapai matlamat PERIKATAN NASIONAL dapat menawan Selangor.

Kursus yang diadakan selama sehari itu dikendalikan oleh wartawan Harakah, Sarina Ismail. – HARAKAHDAILY 9/3/2024

- Advertisement -