Fitnah terhadap YDP Agong: Mengapa tiada tangkapan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan Menteri Dalam Negeri yang belum membuat tangkapan dan pendakwaan berhubung kes fitnah mengaitkan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan rasuah.

- Advertisement -

“Apakah status siasatan terhadap fitnah yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirasuah? Mengapa sehingga kini belum ada tangkapan serta pendakwaan dibuat? 

“Sedangkan ia melibatkan institusi terpenting negara,” ujar beliau dalam soalan tersebut yang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan tersebut, menteri terbabit berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berkait Dang  Wangi repot 1215/2024 bertarikh 10 Januari 2024 di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah).

“Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” ujar jawapan secara bertulis tersebut.

Tambahnya, laporan polis dibuat berhubung fitnah yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dirasuah sementara kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 2 Februari bagi tujuan pandangan dan nasihat. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -